25 February 2010

ADA KE 'PILIHAN' NAK BUKA ATAU TUTUP AURAT

Diberitakan seorang artis berkata belum masa untuk dia memakai tudung kerana hati belum rela. (beritanya di sini)
Pokoknya, adakah orang Islam 'mempunyai pilihan' sama ada nak buka aurat atau nak tutup aurat ???  Sama ada rela atau tidak,  orang Islam kena buat perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Jadi untuk mendapatkan keredhaan Allah ikhlaskanlah hati kita dalam melaksanakan perintah2Nya.

18 February 2010

KEBAIKAN UNDANG2 SYARIAH

Diberitakan gadis-gadis yang dihukum dengan undang2 syariah telah insaf dan bertaubat. Alhamdulillah...

GENTING HIGHLANDS: Tiga wanita yang menjalani hukuman sebat syarie menyatakan rasa reda dan insaf mereka terhadap kesalahan yang dilakukan selepas pelaksanaan hukuman pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang.

Pengakuan mereka dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berdasarkan maklum balas yang diterima.(berita lanjut disini)

13 February 2010

MUKA TUTUP, MUKA BUKA

Dalam surat kabar sering keluar berita rogol, cabul, rasuah, dan macam2. Kalau kita perasan orang2 yang dituduh biasanya 'ditutup muka', tapi kalau yang dituduh tu ada title 'agama' maka mukanya ditayang dengan terang dan nyata.
Contoh muka tutup "artis mengaku ambil ketamin"

Contoh muka buka "empat tuduhan raba murid"

04 February 2010

23 pelajar ponteng dicekup polis di Kajang

KUALA LUMPUR: Seramai 23 pelajar termasuk tiga pelajar perempuan yang ponteng sekolah dicekup polis ketika sedang leka bermain permainan video di sebuah kafe internet di kawasan Perimbun Batu 9, Kajang hari ini.

Ketika serbuan jam 9 pagi itu, tiga pelajar perempuan yang berpakaian biasa sedang melepak di luar kafe itu, sementara 20 pelajar lelaki dalam kafe itu sedang leka bermain.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Shakaruddin Che Mood, berkata polis membuat serbuan itu setelah mendapat banyak aduan daripada orang ramai yang bimbang dengan kegiatan pelajar yang sering ponteng sekolah dengan mengunjungi kafe tersebut.(lanjut)

Budak-budak sekolah zaman sekarang ni macam-macam fe'el. Ada peluang belajar disia-siakan bila tua bangka baru nak menyesal. Masa tu tak guna dah....