30 January 2010

'PENYAKIT BERJANGKIT'

Diberitakan seorang pelajar universiti 'melelong' daranya untuk membayar yuran pengajian.(berita)
Sedikit masa dulu kes macam ni dah ada berlaku. Nampaknya ia telah berjangkit, begitulah bila tiada jati diri boleh buat apa saja untuk mencapai matlamat.


GAMBAR Unigirl yang disiarkan menerusi laman web New Zealand.

26 January 2010

TERLERAI IKATAN

Saman bekas tunang RM30,000

 Diberitakan seorang lelaki telah menyaman bekas tunangnya RM30,000.00 kerana bekas tunangnya telah memutuskan pertunaangan mereka. Berita


Pertunangan merupakan suatu ikatan perjanjian, tidak boleh diputuskan begitu sahaja. Kena ada sebab musababnya.

24 January 2010

VIVA PALESTINA



Viva Palestin Malaysia jalan kaki boikot Israel

24/01/2010 1:16pm

KUALA LUMPUR 24 Jan. — Lebih 100 anggota Viva Palestina Malaysia (VPM) termasuk orang ramai, hari ini menyertai aktiviti jalan-jalan santai dalam usaha menyokong tuntutan kemerdekaan dan keadilan di Palestin.
Pengerusi VMP Datuk Adnan Mohd Tahir berkata aktiviti yang dijalankan di Jalan Changkat Haji Abang Openg, Taman Tun Dr Ismail di sini sepanjang kira-kira lima kilometer dengan semua peserta memakai kemeja-t putih bertulis ”Boikot Israel” juga sebagai kempen memboikot empat jenama syarikat antarabangsa yang menyokong kuat kegiatan rejim Zionis itu.
"Syarikat itu perlu diberi tekanan kerana boikot yang berterusan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia setidak-tidaknya akan memberi kesan terhadap syarikat berkenaan dan seterusnya akan menarik balik sokongan mereka terhadap Israel,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata aktiviti itu merupakan aktiviti ketiga dalam siri program ”Boikot Israel” kelolaan VPM.
UTUSAN ONLINE

22 January 2010

JALAN RAYA HAK BERSAMA


(gambar hiasan)
Dikhabarkan seorang mat rempit dipenjara selama 20 bulan dan denda RM8000.00. Semoga dapat memberi pengajaran kepada yang lain-lainnya. Utusan online

21 January 2010

Ibu 'terbang' dari Sarawak terkilan dihalau anak

Diberitakan seorang ibu dihalau oleh anaknya, lebih dasyat lagi anaknya tak mengaku itu mak dia, Masyaallah apa dah jadi dengan manusia zaman ini...?? Berita lanjut


TUMI di Seri Kembangan, Serdang semalam.

20 January 2010

NAFSU TAK KIRA SIAPA

Diberitakan sepasang pelajar kolej agama ditangkap berkhalwat di sebuah hotel. Yang sebenarnya makin tinggi ilmu agama seseorang makin kuat pula godaan syaitan. Sebab kalau 'dia' berjaya maka semakin 'benci' orang awam terhadap golongan 'agama'. Berita lanjut

18 January 2010

Budak mati jatuh tingkat lapan


Diberitakan seorang kanak-kanak mati jatuh dari tingkat 8 sebuah pangsapuri di Johor Baru. Bagi penghuni 'rumah tinggi' pintu dan tingkap hendaklah dijaga 'keselamatnnya', agar peristiwa begini tidak berlaku. Berita lanjut

LAGI KEMALANGAN MURID SEKOLAH

Sekumpulan pelajar yang menjani latihan 'perahu naga' lemas. Diberitakan guru dan beberapa orang telah lemas/hilang. Bila berlaku kes-kes begini, maka macam-macam yang tak betul keluar. Tak pakai jaket keselamatan, tidak ada surat kebenaran ibu bapa dan lagi....Soalnya kalau ada surat kebenaran, perahu tak terbalik ke? Kepada guru/pihak sekolah diluar sana pastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil sebelum kegiatan ko-kurikulum dijalankan. Berita lanjut.


Ratapan ibu dan beberapa anggota keluarga mangsa ketika mengecam mayat Goh Yi Zhang, 17, yang ditemui pagi tadi di sini hari ini. Goh Yi Zhang adalah mayat ketiga ditemui dalam kejadian perahu naga yang dinaiki oleh sekumpulan pelajar terbalik akibat dipukul ombak di kawasan perairan kira-kira 500 meter dari Pengkalan Weld di sini, hari Ahad. Semalam, pasukan mencari dan menyelamat menemui dua mayat mangsa iaitu guru mereka Chin Ai fai, 20-an dan pelajar Jason Ch'ng, 17. - fotoBERNAMA

17 January 2010

ZAMAN DAH BERUBAH

Zaman ini anak2 tersedia dengan berbagai kemudahan dan kecanggihan teknologi. Jadi pemikiran, tingkahlaku anak zaman ini pun pelbagai ragam.