24 January 2010

VIVA PALESTINA



Viva Palestin Malaysia jalan kaki boikot Israel

24/01/2010 1:16pm

KUALA LUMPUR 24 Jan. — Lebih 100 anggota Viva Palestina Malaysia (VPM) termasuk orang ramai, hari ini menyertai aktiviti jalan-jalan santai dalam usaha menyokong tuntutan kemerdekaan dan keadilan di Palestin.
Pengerusi VMP Datuk Adnan Mohd Tahir berkata aktiviti yang dijalankan di Jalan Changkat Haji Abang Openg, Taman Tun Dr Ismail di sini sepanjang kira-kira lima kilometer dengan semua peserta memakai kemeja-t putih bertulis ”Boikot Israel” juga sebagai kempen memboikot empat jenama syarikat antarabangsa yang menyokong kuat kegiatan rejim Zionis itu.
"Syarikat itu perlu diberi tekanan kerana boikot yang berterusan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia setidak-tidaknya akan memberi kesan terhadap syarikat berkenaan dan seterusnya akan menarik balik sokongan mereka terhadap Israel,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata aktiviti itu merupakan aktiviti ketiga dalam siri program ”Boikot Israel” kelolaan VPM.
UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment