21 February 2011

Lelaki saksi isteri ditikam anak



SOHAIMI menunjukkan tempat Jemelah ditikam anaknya sebelum meninggal dunia Sabtu lalu.


BAHAU – Seorang lelaki tidak dapat melupakan saat-saat ngeri isterinya menjerit-jerit meminta tolong ketika ditikam oleh anak lelaki mereka di sebuah rumah di Felda Kepis di sini Jumaat lalu.
Selepas kejadian pada pukul 8 malam, mangsa Jemelah Muhammad, 53, meninggal dunia kira-kira 17 jam dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) akibat cedera di beberapa bahagian badannya.
Mengimbas semula kejadian itu, suami mangsa, Sohaimi Maidin, 53, berkata, ketika kejadian dia sedang bersembang bersama seorang rakan di luar rumahnya sebelum terdengar isterinya menjerit meminta tolong.
“Tiba-tiba saya mendengar isteri saya jerit, bang tolong, bang tolong!. Sebaik masuk ke dalam (bilik) saya terkedu melihat anak saya sedang menikam arwah yang berada di atas katil dengan senjata tajam.
“Saya terus pukul anak saya dan menarik dia daripada mencederakan ibunya,” katanya menceritakan kejadian itu ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

(masyaallah apa sudah jadi dgn manusia zaman ini......)

20 August 2010

16 August 2010

BAYI KENA BUANG LAGI

Terkejut kaki bayi terjulur dari beg


ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi yang ditemui di Sungai Tambun di Kota Damansara semalam.


PETALING JAYA – Lima sahabat yang leka menjala ikan terkejut apabila menemui satu beg galas yang hanyut berisi mayat bayi perempuan di Sungai Tambun di Kota Damansara di sini semalam.
Beg galas berwarna hitam itu dipercayai dicampak ke dalam sungai itu dan dihanyutkan air menghala ke kolam tadahan banjir tidak jauh dari situ.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner, Arjunaidi Mohamed berkata, mayat bayi berkulit gelap itu dipercayai telah dibuang beberapa jam sebelum ia ditemui pada pukul 11.30 pagi oleh lima sahabat yang sedang menjala ikan.
Menurut beliau, ketika ditemui mayat bayi itu dibungkus dengan kain sebelum dimasukkan ke dalam beg galas.
“Bayi itu dipercayai telah mati sebelum ia dibuang ke dalam sungai,” cerita beliau ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Katanya, polis tidak menemui apa-apa dokumen atau nota dalam beg pakaian tersebut.

23 July 2010

Sekolah khas untuk pelajar mengandung


SEKOLAH khas untuk pelajar mengandung dicadang bagi mengelak berulangnya kes seperti bayi perempuan dalam gambar ini yang ditemui di perhentian bas oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru semalam.


MELAKA - Kerajaan negeri Melaka semalam mengemukakan cadangan menubuhkan sekolah khas untuk pelajar mengandung, sama ada mengandung hasil perkahwinan sah atau menerusi perhubungan luar nikah, bagi mengatasi gejala pembuangan bayi sekaligus menyelesaikan isu keciciran dalam pelajaran.
Jika menjadi kenyataan, sekolah itu akan menerima pelajar dari seluruh negara.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan penubuhan sekolah itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan.
"Kami serius mengenai cadangan ini, jika kementerian tak setuju, kami sendiri akan mengusahakan penubuhannya,'' ujar beliau selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini semalam.
Mohd. Ali berpendapat adalah lebih baik remaja yang mengandung mempunyai saluran meneruskan persekolahan daripada berhenti dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.
Beliau bagaimanapun tidak mahu cadangan itu disalah tafsir sebagai galakan untuk remaja berkahwin atau hamil anak luar nikah.
"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi,'' katanya.
Bagi membantu remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin, beliau turut mengumumkan pemberian insentif RM500 kepada mereka untuk membantu urusan perkahwinan.
"Perkara ini telah dibincangkan bersama MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) dan diluluskan pada mesyuarat Exco dua bulan lalu," katanya.

30 May 2010

ACARA APA NI???


Perlakuan yang tidak disengajakan, terlupa, tertidur tidak 'dikira' sebagai satu kesalahan, kerana perbuatan itu diluar kawalan.


Bukan sengaja

Oleh ISMA ISMAIL
isma@hmetro.com.my
2010/05/30

KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian pada malam itu,” kata pelakon jelita, Rozita Che Wan, mengulas kontroversi yang mencetus perdebatan dalam laman blog hiburan serta ruangan gosip di media cetak.
KONTROVERSI...Rozita bersama artis yang hadir pada Konsert Akhir AF8.

KONTROVERSI...Rozita bersama artis yang hadir  pada Konsert Akhir AF8.



kliksinihttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bukansengaja/myMA/myArticle

17 May 2010

NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA


Ada juga pepatah lain, seekor kerbau membawa lumpur, habis semua kerbau lain terpalit sama. Ini lah yang dikatakan otak dok kat kepala lutut, sedap seminit sengsara berpanjangan....untung seringgit rugi ribu-ribu...

Adegan seks ustazah di asrama pelajar


SALAH satu aksi seorang ustazah bersama pasangannya dalam rakaman video yang tersebar baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.
Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.

11 March 2010

SAMSENG 'BUDAK SEKOLAH'

Diberitakan seorang ibu berusia 33 tahun telah dibelasah oleh 5 orang pelajar perempuan. (berita)
Selama ini kita dengar samseng dikalangan lelaki, rupa-rupanya perempuan pun ada samseng juga. Ini kira bunga2 permulaan, jika tidak dibendung ia akan merebak.

05 March 2010

SUCIKAH BILA 'TIDUR' HANYA 2 LELAKI??

Fox Mengaku Pernah Tidur Dengan Dua Lelaki Saja
AKTRES Megan Fox membuat pendedahan berani dengan mengatakan dia cumaintim dengan dua orang lelaki saja dalam hidupnya.
Kata selebriti berusia 23 tahun ini, dia pernah tidur dengan dua lelaki saja iaitu kekasihnya sekarang Brian Austin Green dankekasihnya dulu.
"Saya pernah tidur dengan dua orang saja, kekasih lama saya dan Brian," kata Fox kepada majalah Sun.
"Saya tidak dapat membayangkan melakukan seks dengan orang yang saya tidak cinta. Saya seorang yang setia dan romantik," katanya.


(ulasan: Pada mereka 'berzina' dengan 2 lelaki itu 'tak apa' yang tak boleh macam Tiger Wood 'berzina' dengan ramai perempuan)

Bunuh bayi: Kelindan lori, isteri direman

Baru beberapa hari seorang kanak-kanak, Syafia Humairah Sahari (sila klik sini untuk maklumat menarik) mati disepak dan dipijak; seorang lagi bayi mati dengan kes yang hampir serupa.Berita lanjutnya......

PETALING JAYA: Seorang kelindan lori dan isterinya ditahan reman seminggu mulai hari ini berhubung siasatan kes penderaan dan kematian seorang bayi 18 bulan di Kayu Ara, Damansara, dua hari lalu.
Pasangan itu menundukkan kepala ketika dibawa ke Mahkamah Majistret oleh polis untuk perintah reman itu yang dikeluarkan oleh Majistret Aishah Hijriah Arshad.

Ahli keluarga mereka dilihat berada di perkarangan mahkamah sejak 10 pagi.

Lelaki itu yang berusia 33 dan isterinya, 23, yang adalah jiran keluarga bayi itu, dibawa ke mahkamah dari Balai Polis Petaling Jaya pada 11.30 pagi dengan diiringi beberapa pegawai polis.
Dalam kejadian itu, antara 10 dan 12 tengah malam di Pangsapuri Seri Ara, Damansara, K Haresvarren meninggal dunia dipercayai akibat dipijak.

Ini adalah kejadian kedua kematian kanak-kanak akibat didera dalam tempoh seminggu, selepas Syafiah Humairah Sahari, 3, meninggal dunia juga dipercayai didera di Hulu Yam Lama di Selangor. - Bernama

25 February 2010

ADA KE 'PILIHAN' NAK BUKA ATAU TUTUP AURAT

Diberitakan seorang artis berkata belum masa untuk dia memakai tudung kerana hati belum rela. (beritanya di sini)
Pokoknya, adakah orang Islam 'mempunyai pilihan' sama ada nak buka aurat atau nak tutup aurat ???  Sama ada rela atau tidak,  orang Islam kena buat perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Jadi untuk mendapatkan keredhaan Allah ikhlaskanlah hati kita dalam melaksanakan perintah2Nya.

18 February 2010

KEBAIKAN UNDANG2 SYARIAH

Diberitakan gadis-gadis yang dihukum dengan undang2 syariah telah insaf dan bertaubat. Alhamdulillah...

GENTING HIGHLANDS: Tiga wanita yang menjalani hukuman sebat syarie menyatakan rasa reda dan insaf mereka terhadap kesalahan yang dilakukan selepas pelaksanaan hukuman pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang.

Pengakuan mereka dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berdasarkan maklum balas yang diterima.(berita lanjut disini)

13 February 2010

MUKA TUTUP, MUKA BUKA

Dalam surat kabar sering keluar berita rogol, cabul, rasuah, dan macam2. Kalau kita perasan orang2 yang dituduh biasanya 'ditutup muka', tapi kalau yang dituduh tu ada title 'agama' maka mukanya ditayang dengan terang dan nyata.
Contoh muka tutup "artis mengaku ambil ketamin"

Contoh muka buka "empat tuduhan raba murid"