05 March 2010

Bunuh bayi: Kelindan lori, isteri direman

Baru beberapa hari seorang kanak-kanak, Syafia Humairah Sahari (sila klik sini untuk maklumat menarik) mati disepak dan dipijak; seorang lagi bayi mati dengan kes yang hampir serupa.Berita lanjutnya......

PETALING JAYA: Seorang kelindan lori dan isterinya ditahan reman seminggu mulai hari ini berhubung siasatan kes penderaan dan kematian seorang bayi 18 bulan di Kayu Ara, Damansara, dua hari lalu.
Pasangan itu menundukkan kepala ketika dibawa ke Mahkamah Majistret oleh polis untuk perintah reman itu yang dikeluarkan oleh Majistret Aishah Hijriah Arshad.

Ahli keluarga mereka dilihat berada di perkarangan mahkamah sejak 10 pagi.

Lelaki itu yang berusia 33 dan isterinya, 23, yang adalah jiran keluarga bayi itu, dibawa ke mahkamah dari Balai Polis Petaling Jaya pada 11.30 pagi dengan diiringi beberapa pegawai polis.
Dalam kejadian itu, antara 10 dan 12 tengah malam di Pangsapuri Seri Ara, Damansara, K Haresvarren meninggal dunia dipercayai akibat dipijak.

Ini adalah kejadian kedua kematian kanak-kanak akibat didera dalam tempoh seminggu, selepas Syafiah Humairah Sahari, 3, meninggal dunia juga dipercayai didera di Hulu Yam Lama di Selangor. - Bernama

No comments:

Post a Comment