18 January 2010

LAGI KEMALANGAN MURID SEKOLAH

Sekumpulan pelajar yang menjani latihan 'perahu naga' lemas. Diberitakan guru dan beberapa orang telah lemas/hilang. Bila berlaku kes-kes begini, maka macam-macam yang tak betul keluar. Tak pakai jaket keselamatan, tidak ada surat kebenaran ibu bapa dan lagi....Soalnya kalau ada surat kebenaran, perahu tak terbalik ke? Kepada guru/pihak sekolah diluar sana pastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil sebelum kegiatan ko-kurikulum dijalankan. Berita lanjut.


Ratapan ibu dan beberapa anggota keluarga mangsa ketika mengecam mayat Goh Yi Zhang, 17, yang ditemui pagi tadi di sini hari ini. Goh Yi Zhang adalah mayat ketiga ditemui dalam kejadian perahu naga yang dinaiki oleh sekumpulan pelajar terbalik akibat dipukul ombak di kawasan perairan kira-kira 500 meter dari Pengkalan Weld di sini, hari Ahad. Semalam, pasukan mencari dan menyelamat menemui dua mayat mangsa iaitu guru mereka Chin Ai fai, 20-an dan pelajar Jason Ch'ng, 17. - fotoBERNAMA

No comments:

Post a Comment